Penyediaan deskripsi tugas dan MyPortfolio dalam sistem HRPortal dan HRMIS adalah bertujuan mengumpul informasi tentang tanggungjawab, hal ehwal pekerja dan bidang tugas setiap staf di pejabat. Antara aspek penting yang perlu ada dalam deskripsi tugas ialah skop bidang tugas, tanggungjawab staf dan portfolio staf.
Sehubungan dengan itu, pra bengkel penyediaan deskripsi tugas dan MyPortfolio sistem HRPortal dan HRMIS bagi staf pelaksana dibawah seliaan Ketua Pentadbir Fakulti, Puan Saliza Mustafa. Pra bengkel ini juga diadakan secara berperingkat mengikut seliaan pegawai masing-masing.
Tarikh Input: 24/01/2024 | Kemaskini: 24/01/2024 | norhidayatul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia