Majlis Putra Cakna: Syawal Prihatin | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Putra Cakna: Syawal Prihatin

Majlis Putra Cakna: Syawal Prihatin

UPM SERDANG, 6 MEI 2024 - Majlis Putra Cakna: Syawal Prihatin yang telah berlangsung pada 3 Mei 2024, mengukuhkan lagi semangat kebersamaan di kalangan pelajar dan warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Majlis yang berlangsung di Wisata Minda, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, menjadi medan penyatuan untuk meraikan beberapa orang pelajar yang terpilih, sementara Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), turut menyinari majlis dengan kehadirannya yang memeriahkan lagi suasana majlis.

Majlis ini merupakan rentetan daripada Program Ramadan Putra Cakna yang telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 19 Mac dan 26 Mac 2024. Momen ini menunjuukkan semangat kebersamaan yang harus diteladani. 

Diharapkan program seperti ini dapat terus dilaksanakan bagi mengukuhkan jalinan silaturahim di kalangan keluarga besar FBMK.

Tarikh Input: 06/05/2024 | Kemaskini: 06/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXFUGAE~