Pelantikan Sebagai Profesor Adjung Di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

UPM SERDANG, 8 MEI 2024 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan bangganya mengumumkan pelantikan empat profesor adjung baharu  yang berkuatkuasa masing-masing mulai 2 Mei 2024 dan 8 Mei 2024. Pelantikan ini merupakan langkah penting dalam mengukuhkan komitmen fakulti terhadap kualiti pengajaran dan penyelidikan dalam bidang bahasa dan komunikasi.

Profesor Adjung yang dilantik adalah:

1. En. Chua Kok Yee (2 Mei 2024)
2. En. Jaffri Amin Osman (2 Mei 2024)
3. Dr. Rosli Ismail (2 Mei 2024)
4. Cik Pauline Fan Yee Loon (8 Mei 2024)

Profesor Adjung yang dilantik ini akan membantu dalam mengukuhkan kecemerlangan FBMK dalam pendidikan tinggi serta penyelidikan dalam bidang bahasa moden dan komunikasi. Mereka berperanan penting dalam membimbing pelajar dan menyumbang dalam bidang masing-masing.

Seluruh warga FBMK ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan ini. Semoga mereka terus berjaya dalam perjalanan akademik mereka dan terus menyumbang kepada kemajuan bidang bahasa moden dan komunikasi.

Tarikh Input: 08/05/2024 | Kemaskini: 08/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
WXFUGAt~