|
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa, kesusasteraan dan komunikasi melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, pengembangan serta perundingan. Fakulti ini diterajui oleh Dekan, dan tiga Timbalan Dekan iaitu Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) dan Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa). Pada masa ini, Fakulti ini mempunyai empat jabatan, iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing, dan Jabatan Komunikasi serta 5 unit, iaitu Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Pendidikan Luar, Unit Teknologi Komunikasi, Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa dan Unit Jaminan Kualiti.
|