Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam
#WeLoveUPM.
Suka dimaklumkan bahawa Seketrariat Kebajikan dan Hal Ehwal Siswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM) sesi 2023/2024 akan mengadakan Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam bidang lakonan dan penyuntingan video.
Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 Januari - 16 Januari 2024
Platform: Atas talian (Tiktok)
Pelajar boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik video pertandingan ke pautan _Google Form_ di bawah selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam 16 Januari 2024.
Pemenang akan diumumkan dalam Majlis Penutupan Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK pada 19 Januari 2024 yang akan diadakan di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Hadiah menarik menanti anda
Merit fakulti disediakan kepada semua peserta
Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Terma dan syarat
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tarikh Input: 16/01/2024 |
Kemaskini: 08/02/2024 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA