4 Mei 2023 – Misi pencarian Rumah Tradisional Negeri Selangor oleh pasukan Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi kini hampir berjaya! Terletak di Kelumpang Hulu Selangor, rumah ini bakal melengkapkan koleksi kebanggaan FBMK UPM. YBhg. Prof. Madya Dr. Hazlina Abd Halim, Dekan FBMK Bersama-sama Dr. Halis Azhan Mohd Hanafiah, Penyelaras Muzium Warisan Melayu , Pn.Saliza Mustafa, Ketua Pentadbiran Fakulti & Pn. Layla Witra, Kurator Muzium Warisan Melayu telah menemui tuan rumah tradisional Negeri Selangor bagi membincangkan dari aspek harga rumah dan lain-lain. Semoga segala urusan berkaitan rumah ini berjalan lancar!
Tarikh Input: 09/05/2023 | Kemaskini: 09/05/2023 | ma_husaini
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia