Pada 31 Mei 2023 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyaksikan majlis pelancaran buku bertajuk Tests & Us II. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dekan FBMK, PM Dr Hazlina Binti Abdul Halim dengan dihadiri Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, PM Dr Arbaayah Binti Ali Termizi, para penyunting buku, para penulis, dan pelajar pascasiswazah. Tests & Us II terbitan penerbit antarabangsa, Generis Publishing ini adalah jilid kedua cerpen-cerpen yang kebanyakannya ditulis oleh pelajar-pelajar pasca siswazah di fakulti. Pelajar-pelajar menulis cerita-cerita mereka sebagai sebahagian tugasan untuk memenuhi keperluan kursus mereka, Language Evaluation and Accountability (BBI5216).
Tarikh Input: 22/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | ma_husaini
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia