UPM SERDANG, 3 APRIL 2024: Majlis New International Welcoming Student Programme yang dianjurkan oleh Putra International Centre (i-Putra) telah mengundang kira-kira 200 pelajar antarabangsa ke Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. Tujuan utama majlis ini adalah untuk memberi selamat kepada pelajar baru dan membantu mereka beradaptasi dengan kehidupan universiti.
Acara tersebut turut menampilkan kaunter khas yang dibuka oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) untuk pertanyaan berkaitan kursus-kursus oleh pelajar antarabangsa. Profesor Abdul Rahman, Pengarah i-Putra, menyatakan kegembiraannya menyambut kedatangan pelajar antarabangsa dan harapannya agar mereka mendapat pengalaman memuaskan semasa menjalani pengajian di UPM.
Dengan acara-acara interaktif dan persembahan seni budaya dari pelbagai negara, majlis ini bertujuan untuk memupuk persefahaman antarabangsa di kalangan komuniti universiti. Diharapkan sambutan hangat ini akan membantu pelajar antarabangsa merasa dihargai dan termotivasi dalam pengajian mereka di UPM
Tarikh Input: 03/04/2024 | Kemaskini: 03/04/2024 | amira.rahim
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia