UPM Serdang - 25 Oktober : Lawatan Inbound dari Fakultas Ilmu Komunikasi, Universitas Islam Riau (UIR), Indonesia yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2023 ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM adalah sebahagian daripada kerjasama antara kedua universiti berdasarkan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara dua pihak pada tahun 2021. Tujuan lawatan ini bagi membolehkan pensyarah dan pelajar dari UIR berinteraksi dengan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, bertukar pendapat mengenai ilmu komunikasi dan media, serta mengalami budaya negara setempat.
Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 30/10/2023 | norhidayatul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia