Sejak kecil, Nur Shafika Ahmad Kamil sudah terdedah kepada sukan hoki. Ini kerana pada ketika itu, kakaknya terlebih dahulu terlibat dengan sukan tersebut dan dia juga menanam minat yang sama.
“Saya mula terlibat secara serius dengan sukan hoki sejak berusia 10 tahun lagi ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu."
“Saya boleh katakan kakaklah menjadi sebab utama saya terlibat dalam sukan ini kerana saya sering melihatnya beraksi,” kata Nur Shafika, 21, yang kini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada K2.
Tarikh Input: 16/01/2024 |
Kemaskini: 16/01/2024 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA