28 Mac 2023 - Jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, Profesor Adjung, Jabatan Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kerana memberikan ilmu yang bermakna buat mahasiswa.
Program Wacana Ilmu Sasterawan Negara yang bertajuk Dari Tenunan Ke Songket Kesantunan Adab Wilayah Alam Melayu semalam dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang peserta.
Wacana ini dapat memberikan mahasiswa ilmu tentang kepentingan sejarah melayu serta asal usul tenunan songket yang menjadi keistimewaan dalam kalangan masyarakat melayu di negara ini.
Seterusnya diharapkan agar program ini turut menjadi inspirasi buat para mahasiswa di atas perkongsian padat yang diberikan oleh Datuk Dr Siti Zainon mengenai adat melayu.
Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | ma_husaini
PERKONGSIAN MEDIA