
Prasarana lain yang turut disediakan oleh Fakulti untuk kemudahan staf dan pelajar adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.
Surau Surau ini terbahagi kepada dua ruangan, iaitu untuk lelaki dan perempuan. Surau ini dilengkapi dengan sejadah dan telekung.Bilik Tandang Sari Bilik ini digunakan sebagai bilik rehat untuk kakitangan FBMK. Bilik ini dilengkapi dengan kerusi, meja, peti sejuk, peralatan dapur dan peti surat.Bilik Mesyuarat (Seri Amar) Bilik ini digunakan untuk tujuan mengadakan mesyuarat dan dapat menampung hampir 100 orang pada satu-satu masa. Bilik ini dilengkapi dengan meja mesyuarat, sistem siar raya, LCD, skrin, rostrum, papan putih dan meja minum.Latar Siswa Latar siswa ini digunakan sebagai tempat pelajar berbincang mengulang kaji. Di samping itu, latar siswa ini juga digunakan untuk mengadakan sebarang aktiviti pelajar dan kakitangan. Latar siswa ini dilengkapi dengan kerusi meja, not internet, punca elektrik, pentas, kipas, dan lampu.Anjung Bestari Anjung ini digunakan untuk mesyuarat dan meraikan tetamu FBMK.Sanggar Warisan Bilik ini digunakan bagi menyimpan segala peralatan lama atau tradisional. Bilik ini dilengkapi dengan komputer, pencetak, dan rak.Rumah Teater Rumah teater ini digunakan bagi kemudahan pelajar mengambil kursus drama untuk membuat latihan. Disamping itu, rumah ini juga digunakan bagi tujuan pengajaran. Rumah ini dilengkapi dengan ruang lakonan, peralatan lakonan dan komputer.Wisata Seni Tempat ini digunakan untuk aktiviti kesenian seperti pidato, deklamasi sajak dan lain-lain.Wisata Minda Menyediakan bahan bacaan dalam bntuk buku jurnal dan sebahagiannya untuk rujukan pelajar dan pegawai.Dataran Warisan Tempat ini digunakan untuk mengadakan pameran dan khidmat pelanggan.
|