|
Untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Fakulti menyediakan prasarana berbentuk makmal.
1. Makmal Bahasa
 Makmal ini digunakan sebagai makmal pembelajaran bahasa Jepun, Perancis, Jerman, dan sebagainya. Makmal ini dilengkapi dengan televisyen, perakam, dan radio.
2. Makmal Siber
Makmal ini digunakan bagi pembelajaran kursus yang melibatkan penggunaan komputer, serta prasarana untuk pelajar membuat tugasan dan mencari maklumat melalui Internet. Makmal ini dilengkapi dengan komputer, LCD, layar, pencetak dan Internet.
3. Makmal Fotografi
 Makmal ini digunakan bagi pembelajaran kursus fotografi. Makmal ini dilengkapi dengan studio, kamera digital, kamera manual, pencetak, dan kemudahan memproses gambar secara manual dan digital.
4. Makmal Kewartawanan
 Makmal ini digunakan oleh pelajar yang mengambil pengkhususan dalam bidang kewartawanan. Makmal ini dilengkapi dengan komputer, ruang pengajaran, LCD, skrin, dan internet untuk memudahkan pelajar membuat skrip berita dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang kewartawanan. 5. Makmal Pidato
 Makmal ini digunakan bagi latihan dan pembelajaran kursus pengucapan awam. Makmal ini dilengkapi dengan pentas, rostrum, mikrofon, skrin, LCD, komputer, televisyen dan perakam
6. Makmal Penyiaran
 Makmal ini mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian Audio-Video dan bahagian stesen radio PutraFM. Bahagian Audio-Video digunakan untuk kerja amali kursus penerbitan video dan membuat rakaman suara dan video. Makmal ini dilengkapi dengan studio, peralatan penyuntingan, peralatan penggambaran, televisyen, dan perakam PutraFM.
7. Makmal Audio/Video
 Makmal ini digunakan untuk membuat rakaman suara dan video bagi pelajar, dan aktiviti fakulti. Makmal ini dilengkapi dengan kamera, studio rakaman, televisyen, perakam, dan mesin penyuntingan.
8. Makmal Teknologi Bahasa
 Makmal ini menyediakan peralatan rakaman audio video dan pengeditan muzik
|