|
UPM-ELTP (Universiti Putra Malaysia-English Language Test for Pilots) |
|
UPM-ELTP (Universiti Putra Malaysia-English Language Test for Pilots) merupakan ujian kemahiran bahasa Inggeris yang telah digubal untuk menguji kemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa Inggeris bagi seseorang juruterbang untuk memenuhi keperluan International Civil Aviation Organisation (ICAO) [Doc 9835AN/453, 2004].
Ujian ini telah diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia pada bulan Januari 2009. Dengan pengiktirafan ini, UPM telah dilantik sebagai agensi untuk melaksanakan ujian UPM-ELTP dengan kerjasama UPM Holdings Sdn Bhd dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah dijadikan Pusat Pentadbiran UPM-ELTP.
Maklumat lanjut boleh didapati di Laman web UPM-ELTP
|