|
| 1. | Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ditubuhkan selaras dengan keperluan terhadap teknologi maklumat dan kemajuannya pada peringkat global. Dalam usaha untuk memantapkan dan menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat yang unggul, inovatif dan berkualiti, unit TMK sentiasa merancang dan meningkatkan keperluan prasarana TMK yang mencukupi. Dengan ini, perkhidmatan sokongan terhadap pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran Fakulti dapat dilaksanakan dengan berkesan, teratur dan terkawal.
| | 2. | Unit Pendidikan Luar
Unit Pendidikan Luar ditubuhkan pada tahun 2004. Sebelumnya, iaitu sejak 1998, unit ini dikenali sebagai Unit Program Luar. Unit ini mengendalikan Program Ijazah untuk Eksekutif (separuh masa) dan menyelaras program kerjasama antara UPM dengan IPTS melalui Pusat Pendidikan Luar UPM. Unit ini juga menyelaraskan pengendalian program Pendidikan Jarak Jauh melalui Pusat Pendidikan Luar, UPM. Program Ijazah untuk Eksekutif yang ditawarkan ialah program B.A. (Bahasa dan Linguistik Melayu), B.A. (Bahasa Inggeris), dan B.A. (Bahsa Asing) major Bahasa Arab dan program Bacelor Komunikasi.
| | 3. | Unit Teknologi Komunikasi
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mula menawarkan program Bacelor Komunikasi pada tahun 1998 dengan mempunyai empat pengkhususan, iaitu bidang Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat, dan Komunikasi Kemanusiaan. Bagi menyokong program akademik ini, Fakulti telah menubuhkan Unit Teknologi Komunikasi. Unit ini mengandungi lima buah makmal iaitu makmal pidato, makmal kewartawanan, makmal fotografi, makmal penyiaran video dan makmal penyiaran radio.
| | 4. | Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa
Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa ditubuhkan sebagai pusat kecemerlangan untuk melagang peranan yang sejajar dengan peranan universiti penyelidikan serta senada dengan gagasan baru kerajaan yang terungkap dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Unit ini berusaha secara aktif dalam penerokaan dan penemuan idea baharu, menjalankan penyelidikan dengan kaedah inovatif dalam persekitaran yang kondusif, dan mengambil prakarsa intelektual untuk memperluas ruang lingkup ilmu kebahasaan, kesusasteraan, kebudayaan dan komunikasi yang berhubung kait dengan budaya bangsa. Dengan lagangan ini, Fakulti dapat membina suatu khazanah ilmu yang sentiasa dinamik untuk bersama-sama masyarakat mendukung idealisme demi pemartabatan dan pemantapan jati diri bangsa yang berteraskan kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, unit ini dijadikan wadah untuk perkongsian idea antara sarjana, para pelajar, tenaga pengajar serta masyarakat antarabaangsa agar mereka dapat menghayati nilai bahasa, sastera, dan komunikasi yang terungkap dalam warisan budaya masyarakat Malaysia, serta menghargai dan mengamalkannya dalam kehidupan sehingga dapat membantu negara dalam pembentukan sebuah negara bangsa yang bersepadu.
| | 5. | Unit Jaminan Kualiti
Memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan organisasi melaksanakan MS ISO 9001: 2000 sebelum pelanggan bersedia untuk membeli produk atau menerima perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi (Fakulti); dan menjadikan MS ISO 9001:2000 sebagai blue print dalam usaha penambahbaikan dan peningkatan sistem kualiti dalam organisasi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi tersebut (Fakulti).
| | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|