MS ISO 9001:2000
UPM Selamat Datang ke Laman Rasmi
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
MS ISO 9001:2000
 

FBMKmail Login
Pengguna:
Kata Laluan:

Capaian Pantas
Tetamu Dalam Talian
Kami ada 15 tetamu atas talian
Statistik Web
1233044 Pelawat
Bacelor Sastera (B.A.)

Bacelor Sastera

Program Bacelor Sastera (B.A.) menawarkan lima (5) bidang pengkhususan, iaitu

Bahasa dan Linguistik Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Asing (Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis)
Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Inggeris

Bidang pengkhususan dipilih dengan berdasarkan major-minor. Bidang minor yang ditawarkan iadalah seperti yang berikut:

 Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Bahasa Cina
Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan lnggeris
Kesusasteraan Arab
Penulisan
Komunikasi
Multimedia
Ekonomi
Alam Sekitar
Pengurusan
Muzik
Hospitaliti dan Rekreasi
Pendidikan Islam


Kurikulum program Bacelor Sastera digubal dengan berdasarkan konsep broad-base untuk menjanakan individu yang seimbang, dan mempunyai keterampilan yang perkasa dalam pelbagai bahasa; di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Skop program Bacelor Sastera berdasarkan pendekatan bersepadu. Melalui pendekatan ini pelajar akan mengikuti 2 kategori kursus, iaitu kursus Umum Universiti dan kursus fakulti (asas dan major). Pada semester pertama, pelajar diberi pendidikan umum sebagai asas dan latar belakang untuk memahami kursus selanjutnya. Bermula pada semester kedua, pelajar akan mengkhusus dalam bidang yang dipilihnya.

Objektif program Bacelor Sastera ini adalah seperti yang berikut:

Mengukuhkan keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar dari aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi dalam pelbagai ragam, gaya, laras, wacana dan suasana untuk memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional
Memantapkan pelajar dengan penguasaan pelbagai bahasa melalul pemerhatian, perlakuan dan pemikiran kritis dan kreatif dalam pelbagai bidang ilmu
Menjanakan graduan yang cekap dalam bidang bahasa dan linguistik, serta berpengetahuan juga dalam disiplin ilmu yang lain


Jangka Masa Pengajian

Program Bacelor Sastera mengambil masa selama 3 tahun.


Syarat Kemasukan

Kelayakan Minimum Calon STPM

a.
Lulus SPM atau kelayakan lain yang setara dan sekurang-kurangnya mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat SPM. (Calon yang tidak mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat SPM boleh dianggap sudah memenuhi keperluan ini jika mendapat kelulusan sekurang-kurangnya gred C mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat STPM).
b.
Lulus empat mata pelaiaran dalam STPM atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya mendapat dua gred C, termasuk Pengajian Am atau sekurang-kurangnya lulus gred C dalam tiga mata pelajaran, termasuk Pengajian Am.

Kelayakan Kes Khas
 
1.
Lulus Matrikulasi UPM dengan purata timbunan tidak kurang daripada 2.000; atau
 
2.
Lulus Diploma UPM atau mana-mana institusi yang diiktiraf; atau
 
3.
Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.
 

Keperluan Khas Calon STPM
 
1.
Lulus dengan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat SPM untuk pengkhususan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris
 
2.
Sekurang-kurangnya lulus gred C Bahasa Melayu pada peringkat STPM untuk pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu.

3.
Sekurang-kurangnya lulus gred C Bahasa Mandarin pada peringkat STPM untuk pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Cina).
4.
Sekurang-kurangnya lulus gred C Bahasa Arab pada peringkat STPM untuk pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Arab).
5.
Sekurang-kurangnya lulus gred C Kesusasteraan Melayu pada peringkat STPM untuk pengkhususan Kesusasteraan Melayu.
6.
Lulus dengan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat SPM untuk pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Jerman). Keutamaan diberi kepada pemohon yang lulus dengan kepujian Bahasa Jerman peringkat SPM atau lulus kursus Intensif Bahasa Jerman daripada institusi yang diiktiraf.
7.
Lulus dengan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat SPM untuk pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Perancis). Keutamaan diberikan kepada pemohon yang lulus dengan kepujian Bahasa Perancis pada peringkat SPM atau lulus kursus Intensif Bahasa Perancis daripada institusi yang diiktiraf.

Syarat Lain
 
  
Calon mestilah menunjukkan bukti melalui borang yang disediakan oleh Universiti bahawa mereka cukup sihat untuk mengikuti program yang dipohon.
 

Seminar Antarabangsa Linguistik & Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-4 International Conference of Public and Asian Communication Association Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Malaysia International Conference on Languages, Literatures & Cultures