POLISI KUALITI “ Kami staf Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi beriltizam untuk berkhidmat secara profesional untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan komunikasi menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipertingkatkan secara berterusan melalui objektif kualiti yang dapat diukur untuk memenuhi dan mempertingkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan MS ISO 9001:2000” MISI FAKULTI Misi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi adalah menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran dan peyelidikan dalam bidang kebahasaan dan komunikasi, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada kemajuan insan dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara. OBJEKTIF FAKULTI Objektif fakulti ialah untuk melahirkan tenaga terlatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang kebahasaan, kesusasteraan dan komunikasi dan mampu memberikan sumbangan positif ke arah memenuhi keperluan sumber daya manusia dan peningkatan kualiti hidup sejajar dengan pembangunan negara. PIAGAM PELANGGAN Kami staf UPM beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan:- - Menyedia dan mengusahakan peningkatan secara berterusan dalam aspek yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional sejajar dengan piawaian dan amalan terbaik yang diterima guna di peringkat antarabangsa; - Menyediakan program pengajian tinggi dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkualiti dalam usaha peningkatan kesarjanaan ilmu bagi memenuhi aspirasi pembangunan Negara; - Memperkasakan bidang penyelidikan dengan penemuan baharu yang dapat meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi Negara secara menyeluruh; - Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang dinamik dan kondusif demi memupuk percambahan dan keterbukaan minda untuk membangunkan potensi diri staf dan pelajar; - Menyediakan perkhidmatan profesional untuk meningkatkan kecekapan pengurusan yang menyeluruh; dan - Memberikan ruang dan peluang yang saksama kepada semua warganegara dengan tidak mengira kepercayaan, bangsa dan agama untuk memperoleh pendidikan tinggi yang berkualiti.
|