Kurikulum program Bacelor sastera dan Bacelor Komunikasi telah digubal dengan berdasarkan pendekatan holistic untuk menjanakan individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan yang perkasa dalam bahasa, kesusasteraan dan komunikasi, di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu. Pada semester pertama, pelajar diberi pendidikan umum sebagai asas dan latar belakang untuk memahami kursus selanjutnya. Pelajar akan membuat pengkhususan dalam bidang disiplin yang dipilih melalui semester kedua. Pelajar akan mengikuti kursus daripada tiga kategori berikut: - Kursus Umum Universiti - Kursus Teras (major) - Kursus Minor |