Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Syarat Kemasukan

Syarat Am Universiti

 

Bagi Calon Lepasan STPM

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM)/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kertas Julai: DAN
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang – kurangnya :-

Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain. DAN

  • Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band1) dalam Malaysia University Englsh Test (MUET).

 Bagi Calon Lepasan Matrikulasi / Asasi

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai. DAN
  • Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM / Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekuarng – kurangnya PNGK 2.00 ; DAN
  • Mendapat sekurang – kurangnya tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET).

 

Bagi Calon Lepasan Diploma / setaraf

 

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kertas Julai; DAN 
  • Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM) tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang – kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang – kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  • Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang – kurangnya PNGK 2.00 DAN
  • Mendapat sekurang – kurangnya tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET).

 

Bagi Calon Lepasan SPM/ Setaraf

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/  setaraf dengan mendapat sekurang – kurangnya LIMA (5) kepujian ( Gred C) termasuk Bahasa Melayu.

 SYARAT AM UNIVERSITI DAN SYARAT KHAS PROGRAM

Untuk mendapat maklumat lengkap mengenai Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program bagi setiap program pengajian yang ditawarkan pada peringkat Bacelor, diploma dan Asasi Sains Pertanian, sila layari laman web Bahagian Akademik di alamat www.akademik.upm .edu.my.

 

Cara Memohon

 

Permohonan kemasukkan ke UPM bagi pengambilan Semester pertama setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukkan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

Pemohon boleh melayari Laman Web Rasmi Permohonan Kemasukkan http://upu.mohe.gov.my  untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai permohonan kemasukkan Syarat Am dan Syarat Khas Program dan Seterusnya mengemukakan permohonan melalui  Aplikasi dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar tempatan.

 

 

PEJABAT PEMASARAN DAN KOMUNIKASI ( MARCOMM)

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel:  03-89466129  Faks : 03 – 8946 8972

Email : marketing@putra.upm.edu.my

Laman web: www.upm.edu.my

BAHAGIAN AKADEMIK

University Putra Malaysia

43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03 – 8946 6055/6059/6060

Faks 03 – 8942 6469

Email : akademik@upm.edu.my

Laman web : www.upm.edu.my

Kemaskini Terakhir : Wed, 27 Mar 2013 (azura_i)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017