Home arrow Foreign Languages arrow Master Sastera (Kesusasteraan Cina) (Dengan Tesis)
Thursday, 08 January 2009
Master Sastera (Kesusasteraan Cina) (Dengan Tesis) PDF Print E-mail

PROGRAM M.A.DENGAN TESIS

Program                : M.A.Sastera

Bidang Pengajian : Kesusasteraan Cina

Pengenalan  

Program ini memberi penekanan kepada aspek kajian dalam kesusasteraan Cina moden dan klasik, khususnya sastera Cina di China dan sastera Cina di luar China. Aspek falsafah dan sejarah juga turut menjadi tumpuan bidang ini. Antara subjek teras bidang ini ialah sastera Mahua, teori dan kritikan sastera, serta karya agung dan falsafah China.Dalam program ini ini,pelajar akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang kesusasteraan Cina.Sasaran program ini ialah kakiltangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang kesusasteraan Cina 

 

SYARAT KEMASUKAN 

  • Calon perlu mempunyai ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina (Major atau Minor). 
  • Calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina, permohonan kemasukan akan diteliti dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan. 
  • Calon yang tidak memiliki kelayakan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina, tetapi memperoleh PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan dalam bidang Kesusasteraan Cina dengan sekurang-kurangnya gred B+ pada semester pertama.

Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua

Keperluan Program

a. Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Master dengan tesis dikehendaki untuk menyempurnakan kerja kursus sebanyak 9 (minimum) – 18 (maksimum) kredit untuk bergraduat seperti yang berikut:

            Kursus Elektif          :        9 - 18 kredit

           Jumlah                       :       9 - 18 kredit

Senarai Kursus

i. Kursus Elektif ( 9 - 18 kredit)

 BBC 5201 Teori dan Kritikan Sastera Cina 3 kredit
 BBC 5202 Karya Agung Kesusasteraan Cina 3 kredit
 BBC 5401 Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan Cina 3 kredit
 BBC 5501 Isu Kesusasteraan Cina Klasik 3 kredit
 BBC 5502  Isu Kesusasteraan Cina Moden  3 kredit
 BBC 5503 Isu Kesusasteraan Mahua 3 kredit
 BBC 5601 Seminar Kesusasteraan Cina   3 kredit

ii. Kursus Persediaan (9 kredit)

 BBC 3102Perkembangan Kesusasteraan Cina  3 kredit  
 BBC 3103 Perkembangan Kesusasteraan Cina Moden 3 kredit  
 BBC 3218 Puisi Cina Klasik 3 kredit  
 BBC 3219 Prosa Cina Klasik    3 kredit  
 BBC 3220 Cerpen Cina Moden  3 kredit  
 BBC 3601 Seminar Fiksyen Cina klasik   3 kredit  

 

b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS 5999 Tesis Master

Seseorang calon Master Sastera diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS 5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce  akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS 5903 Seminar

Seseorang calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS 5903 (1 kredit) yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil selewat-lewatnya pada semester kedua pengajian.Kursus ini akan dinilai dan diberi gred M/TM.

Yuran Pengajian

Yuran Asas
Semester pertama                                                          RM 1,400.00
Semester kedua dan berikutnya                                     RM 1,150.00
Semester akhir                                                              RM 1,650.00

Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan RM 1,000.00 bagi setiap semester.

 

Maklumat Lanjut Sila hubungi:

Unit Siswazah dan Pengantarabangsaan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia

Tel: 603-89468702

Email:

atau

Penyelaras Program Siswazah Kesusasteraan Cina
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
Attn : Dr. Kek Lian Wah

Tel: 603-89468674

Email:

Last Updated ( Tuesday, 18 September 2007 )
 
Next >