Deputy Dean (Graduate Studies and International Affairs) Faculty of Modern Langguages and Communication 43400 UPM SERDANG Selangor, MALAYSIA Tel: +6038946 8788 Fax: +60389439914 Email: ups@fbmk.upm.edu.my
Doktor Falsafah (Kesusasteraan Cina)
PROGRAM DOKTOR FALSAFAH
Bidang Pengajian : Kesusasteraan Cina
Pengenalan
Program ini menumpukan kajian dan penyelidikan yang lebih terperinci dalam bidang dan sub bidang yang telah dipelajari dalam peringkat Master. Ada beberapa kerja kursus berkaitan yang perlu diambil dahulu oleh calon sebelum mereka memulakan penyelidikan pada peringkat Ph.D. ini. Kursus-kursus yang ditawarkan untuk program Ph.D. terdiri daripada kursus-kursus yang sedia ada dan kursus-kursus baru yang akan ditawarkan di Fakulti. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang kesusasteraan Cina.
Syarat Kemasukan
Calon mestilah mempunyai ijazah Master dalam bidang Bahasa dan kesusasteraan Cina
Calon yang memperolehi ijazah Master dengan tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika mereka mencapai PNGK 3.00
Calon yang memperoleh ijazah Master tanpa tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika mereka mencapai PNGK 3.20
Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah ini perlu menyempurnakan 12 kredit minimum kerja kursus yang merangkumi kursus pada tahap 6000 dan kursus pada tahap 5000 seperti yang berikut:
Kursus Elektif Tahap 6000
: 6 kredit (minimum)
Kursus Elektif Tahap 5000
: 6 kredit (minimum)
Jumlah
: 12 kredit (minimum)
Senarai Kursus i. Kursus Elektif Tahap 6000 (6 kredit)
BBI 6401
Thesis Writting
BBI 6402
Quantitative Methods in Language Research
BBI 6403
Qualitative Inquiry in Language Research
BBK 6201
Teori dan Falsafah Kesusasteraan
BBL 6401
Critical Theory and Practice
BBM 6201
Teori Linguistik Lanjutan
BBM 6401
Reka Bentuk dan Statistik dalam Penyelidikan Bahasa
BBM 6402
Penelitian Kualitatif dalam Penyelidikan Bahasa
ii. Kursus Elektif Tahap 5000 (6 kredit)
Dua kursus ini mesti dipilih dari senarai kursus dalam program MA (Kesusasteraan Cina)
SeseorangcalonDoktorFalsafahdiwajibkanmendaftaruntukkursus SPS 6999 Penyelidikan Ph.D. Kursusinimerupakansatuprojekpenyelidikandanpadaakhirjangkamasapengajiancalonakanmenyerahkansatutesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce akan dijalankan untuk menentukan kompetensi pelajar dalam bidang pengajiannya.
ii. Seminar
SPS 6903 Seminar
Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS 6903 yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil selewat-lewatnya pada semester kedua pengajian. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred Memuaskan atau Tidak Memuaskan (M/TM).
iii. Peperiksaan Komprehensif
Seseorang calon Doktor Falsafah mestilah lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini diambil setelah menyempurnakan kesemua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program pengajiannya. Peperiksaan komprehensif bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang pengajiannya, keupayaan pelajar untuk mengintegrasi pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori berkaitan isu asas dalam bidang pengajian serta pemahaman pelajar akan kaedah dan rekabentuk penyelidikan yang berkaitan.
Yuran Pengajian
Yuran Asas
Semester pertama RM 1,900.00 Semester kedua dan berikutnya RM 1,650.00 Semester akhir RM 2,650.00
Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan RM 1,000 setiap semester
Maklumat Lanjut
Sila hubungi:
Unit Siswazah dan Pengantarabangsaan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Malaysia
Tel: 603-89468702
Email:
atau
Penyelaras Program Siswazah Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Malaysia Attn: Dr. Kek Lian Wah