Home arrow Malay Language arrow Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu)
Thursday, 08 January 2009
Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu) PDF Print E-mail

PROGRAM DOKTOR FALSAFAH

Bidang Pengajian: Kesusasteraan Melayu

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali dengan lebih mendalam yang relevan dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Dalam program ini, calon juga didedahkan dengan falsafah kesusasteraan dan aplikasi ilmu filologi dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta serta pensyarah IPTA dan IPTS yang berkaitan dari dalam dan luar negara untuk menjadikan mereka pakar dalam Bidang Kesusasteraan Melayu.

Syarat Kemasukan

  • Calon perlu mempunyai Ijazah Master dalam Kesusasteraan Melayu atau bidang yang berkaitan daripada universiti yang diiktiraf.
  • Calon yang memperoleh Ijazah Master dengan tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika mereka mencapai PNGK 3.0.
  • Calon yang memperoleh Ijazah Master tanpa tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika mereka mencapai PNGK 3.50.

Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua.

Keperluan Program

a. Keperluan Kredit untuk Bergraduat

Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 12 kredit minimum kerja kursus yang merangkumi kursus wajib dan kursus elektif seperti yang berikut:

  • Kursus Wajib 6 kredit
  • Kursus Elektif 6 kredit
    Jumlah 12 kredit

Senarai Kursus

i. Kursus Wajib (6 kredit)

  • BBK 6201 Teori dan Falsafah Kesusasteraan 3 kredit
  • BBK 6401 Reka Bentuk Penyelidikan Kesusasteraan Melayu3 kredit

ii. Kursus Elektif (6 kredit)

  • BBK 6202 Filologi dan Kajian Manuskrip Melayu 3 kredit
  • BBK 5205 Kesusasteraan dan Disiplin Pelengkap 3 kredit
  • BBK 5206 Kajian Kesusasteraan Melayu Mistik 3 kredit atau
  • satu kursus daripada mana-mana pengkhususan M.A.(Kesusasteraan Melayu) yang disetujui oleh Jawatankuasa Penyeliaan.

Sinopsis Kursus  

b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS 6999 Penyelidikan Doktor Falsafah

Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS 6999 Penyelidikan Ph.D. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangkamasa pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce akan dijalankan untuk menentukan kompetensi pelajar dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS 6903 Seminar

Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS 6903 yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil selewat-lewatnya pada semester kedua pengajian. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred M/TM.

iii. Peperiksaan Komprehensif

Seseorang calon Doktor Falsafah mestilah lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini diambil setelah menyempurnakan kesemua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program pengajiannya. Peperiksaan komprehensif bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang pengajiannya, keupayaan pelajar untuk mengintegrasi pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori berkaitan isu asas dalam bidang pengajian serta pemahaman pelajar akan kaedah dan rekabentuk penyelidikan yang berkaitan.

Yuran Pengajian

Yuran Asas

Semester pertama RM 1,900.00
Semester kedua dan berikutnya RM 1,650.00
Semester akhir RM 2,650.00

Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap semester.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi:

Unit Siswazah dan Pengantarabangsaan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia

Tel: 603-89468702

Email:

atau

Penyelaras Program Siswazah Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
Attn : Dr. Zariat Abd. Rani

Tel: 603-89468745

Email:

Last Updated ( Friday, 17 November 2006 )
 
< Prev