Home arrow Malay Language arrow Master Bahasa Melayu (Tanpa Tesis)
Wednesday, 17 March 2010
Master Bahasa Melayu (Tanpa Tesis) PDF Print E-mail

PROGRAM MASTER TANPA TESIS

Program: Master Bahasa Melayu

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali yang relevan dalam bidang bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang bahasa Melayu.

Syarat Kemasukan

  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor Kelas Kedua Tinggi atau memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.750 dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu (Major atau Minor) .
  • Bagi calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.750 atau setara, permohonan kemasukannya akan diteliti berdasarkan pengalaman kerja (sekurang-kurangnya 1 tahun), dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
  • Bagi calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan Major atau Minor dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.000 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu dengan sekurang-kurangnya mendapat gred B+ untuk setiap kursus tersebut pada semester pertama.

Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua.

Keperluan Program

a. Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 36 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan, seperti yang berikut:

  • Kursus Wajib 21 kredit
  • Kursus Elektif 9 kredit
  • Kertas Projek 6 kredit
    Jumlah 36 kredit

Senarai Kursus

i. Kursus Wajib (21 kredit)

  • BBM 5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan 3 kredit
  • BBM 5103 Perancangan Bahasa 3 kredit
  • BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu 3 kredit
  • BBM 5202 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu 3 kredit
  • BBM 5203 Sosiolinguistik Lanjutan 3 kredit
  • BBM 5204 Psikolinguistik Lanjutan 3 kredit
  • BBM 5205 Semantik Bahasa Melayu 3 kredit

ii. Kursus Elektif (9 kredit)

  • BBM 5101 Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu 3 kredit
  • BBM 5401 Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa 3 kredit
  • BBM 5402 Analisis Bezaan dan Kesilapan 3 kredit
  • BBM 5500 Isu-isu dalam Sosiolinguistik 3 kredit
  • BBM 5501 Isu-isu dalam Psikolinguistik 3 kredit
  • BBM 5502 Isu dan Permasalahan Bahasa Melayu 3 kredit
  • BBM 5600 Seminar Bahasa Melayu 3 kredit

iii. Kursus Persediaan (10 kredit)

  • BBM 3201 Pengantar Linguistik Am 3 kredit
  • BBM 3203 Tatabahasa Melayu 4 kredit
  • BBM 3205 Pengantar Psikolinguistik 3 kredit atau
  • BBM 3105 Falsafah Bahasa Melayu 3 kredit

Sinopsis Kursus  

b. Keperluan Lain

i. Projek Penyelidikan

  • BBM 5989 Kertas Projek 6 kredit

Yuran Pengajian

Yuran Asas

Semester pertama RM 1,400.00
Semester kedua dan berikutnya RM 1,150.00

Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan RM 1,000 bagi setiap semester.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi:

Unit Siswazah dan Pengantarabangsaan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia

Tel: 603-89468702

Email:

atau

Penyelaras Program Siswazah Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
Attn : Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif

Tel: 603-89468746

Email:

Last Updated ( Friday, 17 November 2006 )
 
< Prev   Next >