Putra FM

Pengenalan

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mula menawarkan program Bacelor Komunikasi pada 1998 dengan mempunyai empat pengkhususan, iaitu bidang Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan. Untuk menyokong program akademik ini, UPM telah membina kemudahan makmal, seperti makmal fotografi, makmal pidato dan makmal penyiaran. Makmal penyiaran mempunyai dua unit, iaitu unit penerbitan radio dan unit penerbitan video. Unit penerbitan radio kini telah mendapat peruntukan untuk dinaik taraf menjadi Stesen Radio Kampus.

 

Stesen Radio Kampus Universiti Putra Malaysia atau dikenali dengan nama Putra FM, merupakan stesen radio kampus digital pertama IPTA di negara ini. Kerja mereka bentuk studio dan pemilihan peralatan yang sesuai bagi studio ini adalah dengan bantuan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Stesen radio kampus UPM telah beroperasi di bawah naungan RTM atau secara khususnya Selangor FM. Kerjasama yang berterusan dengan pihak RTM, bertepatan dengan MoU yang telah dimeterai.

 

Program Putra FM ini menitikberatkan pendidikan dewasa dengan menyediakan program utama pendidikan, informasi dan juga hiburan. Oleh sebab Putra FM digunakan untuk tujuan akademik, maka masyarakat sekitar juga akan menerima manfaatnya, terutama dari segi pendedahan budaya ilmu, sains dan teknologi, termasuk teknologi komunikasi dan maklumat.

 

Dengarkan PUTRA FM di:

  • Frekuensi FM 90.7 (Isnin – Jumaat, 10 pagi – 6 petang)
  • Penstriman web di www.putrafm.upm.edu.my (24 jam)

 

Teruskan mendengar "Suara Kampus Terkini"