Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Sejarah Penubuhan FBMK

Asas penubuhan FBMK dapat dilacak sejak wujudnya Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan penguatkuasaan Akta Bahasa 1967. Pada tahun 1971, kedua-dua bahagian ini digabungkan dan dinamakan Bahagian Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini telah dinaikkan tarafnya menjadi Jabatan Bahasa pada tahun 1972, dan diletakkan di bawah Fakulti Pertanian.

Pada 15 Januari 1975, Jabatan Bahasa dipindahkan ke Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 Januari 1995,Jabatan Bahasa telah dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa. Pada 1 Januari 1999, Jabatan Komunikasi Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi. Dengan pemindahan ini juga, Fakulti Pengajian Bahasa diberi nama baharu, iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).

Kini, FBMK mempunyai empat jabatan , iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa inggeris, Jabatan Bahasa Asing, dan Jabatan Komunikasi. Jabatan Bahasa Melayu mengendalikan kursus bahasa dan linguistik Melayu, Kesusasteraan Melayu, penulisan, seni persembahan dan kursus kemahiran bahasa melayu. Jabatan Bahasa Inggeris pula mengendalikan kursus bahasa inggeris, kesusasteraan inggeris dan kursus kemahiran bahasa inggeris. Manakala Jabatan Bahasa Asing mengendalikan kursus bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, Bahasa Cina, Bahasa Korea, bahasa Thai, Bahasa Bangla, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jerman, Bahasa Tamil, Bahasa Myanmar, Bahasa Vietnam, Bahasa Parsi, dan Bahasa Rusia. Jabatan Bahasa Asing juga mengendalikan Kursus Kesusasteraan Arab danKesusasteraan Arab dan Kesusasteraan Cina. Jabatan Komunikasi mengendalikan kursus komunikasi Kemanusiaan, komunikasi Korporat, Kewartanan, Penyiaran, teknologi komunikasi, komunikasi massa dan komunikasi pembangunan.

Pada masa ini, FBMK mengendalikan program Bacelor Sastera (B.A) DAN Bacelor Komunikasi (B.Comm). Bacelor Sastera yang ditawarkan adalah dalam bidang pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Asing (Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman), Kesusasteraan Melayu, dan Kesusasteraan Inggeris. Bacelor Komunikasi yang ditawarkan adalah dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran, Komunikasi Kemanusiaan, dan Komunikasi Korporat.

Program bachelor Sastera telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 ogos 1997 setaraf dengan ijazah Sarjana Muda peringkat kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian). Program Bacelor Komunikasi pula mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 15 April 1999 setaraf dengan ijazah Sarjana Muda peringkat Kepujian ( Bacelor Komunikasi bertaraf Kepujian).

Selain itu, FBMK juga membantu Sekolah Pengajian Siswazah mengendalikan program ijazah lanjutan (Master dan Ph.D) dalam bidang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Kesusasteraan Melayu, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina, Komunikasi Organisasi, Komunikasi Kemanusiaan, Komunikasi Pembangunan, Teknologi Komunikasi, Komunikasi Korporat dan Kewartawanan. FBMK juga mengendalikan program Ijazah untuk Eksekutif secara separuh masa, dan membantu Pusat Pendidikan Luar mengendalikan program pengajian secara pendidikan jarak jauh (PJJ). FBMK juga menjalankan penyelidikan tentang pelbagai bidang bahasa, kesusasteraan dan komunikasi, serta menjalankan aktiviti perundingan dan pengembangan di dalam dan di luar kampus.

Kemaskini Terakhir : Fri, 11 Oct 2013 (ctsakinah)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017