Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Program Pengajian

 

PENGENALAN

  • Mula ditawarkan sejak 1998
  • Program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA
  • Program pengajian untuk golongan yang sudah bekerja
  • Mood pengajian: separuh masa (kuliah selepas waktu pejabat dan hujung minggu)
  • Kuliah diadakan di FBMK
  • Keperluan kredit untuk bergraduat ialah 120 (jumlah kredit berbeza mengikut program)
  • Pelajar perlu mendaftar 9-15 kredit untuk satu trimester.
  • Program ini terbuka kepada sesiapa yang telah bekerja dan ingin menyambung pengajian ke peringkat Bacelor
  • Program ini menggunakan sistem trimester, iaitu sistem semester diadakan 3 kali setahun, selama 11 trimester @ 3 tahun setengah
  • Setiap trimester mengandungi 17 minggu iaitu:

 

                             kuliah                             14 minggu

 

                             peperiksaan                    1 minggu

 

                             cuti                                 2/3 minggu

Program Pengajian

  1. Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - kuliah akan diadakan pada waktu petang dari jam 6:00 hingga 11:00 malam sebanyak 3-4 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis
  2. Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) - kuliah akan diadakan pada waktu petang dari jam 6:00 hingga 11:00 malam sebanyak 3-4 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis
  3. Bacelor Sastera  (Bahasa Asing)Major Bahasa Arab - kuliah akan diadakan pada hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu (jam 3:00-10:00 malam) dan Ahad (jam 8:00-5:00 petang)
  4. Bacelor Komunikasi - kuliah akan diadakan pada hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu (jam 3:00-10:00 malam) dan Ahad (jam 8:00-5:00 petang).

Tugasan, perbincangan dan dialog antara pelajar dengan pensyarah akan dilaksanakan melalui e-mail, papan buletin dan perisian lain yang sesuai. Semua kuliah/tutorial dan amali akan dilaksanakan dalam kampus Universiti Putra Malaysia.

 Program ini mengambil masa selama 11 trimester atau 4 tahun. Setiap trimester mengandung 17 minggu seperti yang berikut :


Sesi Pertama

Kuliah                           14 minggu
Peperiksaan                 1 minggu
Cuti                              3 minggu           


Sesi Kedua

Kuliah                           14 minggu
Peperiksaan                 1 minggu
Cuti                              2 minggu           

   
Sesi Ketiga

Kuliah                           14 minggu
Peperiksaan                 1 minggu
Cuti                              2 minggu           



Jam kontak bagi setiap trimester adalah seperti yang berikut :

Kuliah (14 minggu x 9 jam purata) *Tertakluk pada perubahan

 

Kemahiran Bahasa Melayu

Kursus Kemahiran Bahasa Melayu ditawarkan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia berdasarkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Keperluan kursus Kemahiran Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut :

Gred Bahasa Melayu / Malaysia SPM

Kursus yang Wajib diambil

Cemerlang A1 dan A2

Dikecualikan

Kepujian C3 – C6

Dikecualikan

Lulus P7 dan P8

BBM 2401 dan BBM 2402

Nota: Kursus ini tidak termasuk dalam keperluan 103 kredit untuk bergraduat


Kemahiran Bahasa Inggeris

Kursus kemahiran bahasa Inggeris yang ditawarkan kepada pelajar UPM,  berasaskan pencapaian mereka dalam MUET dan keperluan tahap (band) MUET setiap program  berkenaan. Penempatan kursus adalah seperti yang berikut :

 

KURSUS KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS

Peringkat Kursus

Kredit MUET

Prasyarat Tahap

1.BBI 2409 : English for Academic Purposes

3(3+0)

 Band 1,2

2. BBI 2409 :  Oral Interaction Skills


BBI 2421 : General Writing Skills

3(2+1)


3(2+1)

Band 3 atau Band 4
atau lulus BBI 2409

Lulus BBI 2420       

Kursus Elektif 

BBI 2410 : Skills in Grammar

BBI 2411 : Reading and Discussion Skills

BBI 2412 : Writing for Academic Purposes

BBI 2413 :  English for Workplace           

BBI 2414 :  Interactive Speaking

BBI 2415 : Report Writing

BBI 2416 :  Business English

BBI2417 :  Public Speaking



3(3+0)



Band 5 dan Band 6 atau lulus BBI 2421

Catatan

1. Semua pelajar program Diploma dan Bacelor diwajibkan mengikuti 2 kursus kemahiran bahasa Inggeris (6 kr.).  Walau bagaimanapun, pelajar yang memperoleh MUET Band 1 dan Band 2, dikehendaki mengikuti kursus BBI 2409 dan lulus sebelum dibenarkan mengikut kursus BBI 2420.

2. Pelajar yang memperoleh MUET Band 3 dan Band 4 dikehendaki mengikuti kursus BBI 2420 dan BBI 2421.  Pelajar perlu mengikuti kursus BBI 2420 sebelum dibenarkan mengikuti kursus BBI 2421.

3. Pelajar program B.A. (Bahasa Inggeris), B.A. (Kesusasteraan Inggeris) dan B.Ed. (TESL) yang memperoleh MUET Band 4 ke atas DIKECUALIKAN daripada mengikuti kursus BBI 2420 dan BBI 2421.

4. Pelajar program lain yang memperoleh MUET Band 5 dan Band 6 dikehendaki mengikuti dua kursus elektif kemahiran bahasa Inggeris (BBI 2410 - BBI 2417).

5. Pelajar yang lulus BBI 2421 digalakkan mengikuti kursus elektif kemahiran bahasa Inggeris (BBI 2410 - BBI 2417).

Kemaskini Terakhir : Fri, 04 Oct 2013 (zulismail)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017