| FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION

Dua Pelajar FBMK Berjaya Mengharumkan Nama UPM Dalam Pertandingan Debat Akinabalu 2019

Bangi – Ahmad Firdaus Mul, pelajar Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) dan Ahmad Alfhikrey Ahmad Japar, pelajar Bacelor Sastera (Linguistik Melayu)  bersama-sama Nurul Syamimi Zulkafle  dan Nurdiana Sineng (Fakulti Ekologi Manusia dan Fakulti  Bioteknologi dan Biomolekul) berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Piala Debat Akinabalu 2019, di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Persatuan Mahasiswa Sabah, UKM.

 

Detik kemenangan diumumkan sebagai johan

 

Dengan kemenangan ini, mereka menerima hadiah wang berjumlah RM2500.00, piala pusingan dan Pendebat Terbaik dimenangi oleh Nurul Syamimi Zulkafle yang menerima RM300.00. Hadiah disampaikan oleh Ariffin Asgali, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah  mewakili Ketua Menteri Sabah.

 

Pendebat UPM iaitu Ahmad Firdaus, Ahmad Alfhikrey dan Nurul Syamimi

 

Pendebat UPM ini mendapat bimbingan dan berlatih di bawah Kelab Debat Bahasa Melayu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Pasukan pendebat yang turut berentap dalam pertandingan ini adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Islam Malaysia.

 

 

 

SXETTAx~