| FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION

Bengkel Mengenali Busana Melayu Semakin Mendapat Tempat Dalam Kalangan Generasi Muda

SERDANG - Alangkah bersyukurnya apabila melihat Busana Melayu semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda kini, sekalipun kita telah melangkah abad ke-21.

 

Mereka tidak cuak untuk melabur sejumlah wang bagi menghadiri bengkel untuk mendalami perihal busana bangsa Melayu. Juga tidak canggung untuk memperagakannya di depan khalayak sambil berswafoto.

Prof. Zainon ketika membentangkan dapatan kajiannya di Bengkel Mengenal Busana Melayu.

 

Justeru Budayawan Melayu tersohor, Profesor Dr. Siti Zainon Ismail berkali-kali menegaskan akan peri pentingnya lebih ramai anak-anak muda diasuh akar menghargai ketertinggian tamadun ini.

“Hari ini, meskipun bengkel Mengenali Busana Melayu ini cuma satu hari sahaja, saya melihat ramai anak muda yang sangat bersungguh mahu mengakrabi busana nenek moyang mereka.

“Sebagai orang lama, saya melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang perlu terus disuburkan dalam jiwa generasi mendatang,” tegasnya.

 

Sebahagian peserta mempelajari cara melipat tanjak pada sesi kedua bengkel tersebut.

 

Prof Zainon merupakan salah seorang daripada penceramah jemputan bagi bengkel yang diadakan di Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Pada sesinya, Prof. Zainon membentangkan kertas kerja bertajuk 'Melestari Busana Melayu Tinjauan Koleksi Anak Negeri Selangor'.

 

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Prof Muati @ Zamri Ahmad turut lebih mendalami teknik melipat tanjak.

 

Seperti lazimnya, sesi beliau sentiasa dihadiri peserta yang melimpah ruah. Cuma kali ini bilangannya dipenuhi daripada kalangan wajah orang muda yang nyata bersemangat tinggi.

 

 

 

Penulis Asal: Saiful Rahman, UPM (Jumaat 22 Mac 2019)

 

 

SXETTA1~