Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Pengenalan Mobiliti

Mobiliti Pelajar

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM menawarkan program mobiliti bagi memenuhi keperluan pelajar antarabangsa yang ingin menghabiskan satu semester atau satu tahun pengajian di Malaysia. Ia juga memberi peluang yang sama kepada pelajar tempatan yang ingin merasai pengalaman belajar di luar negara. Sehingga Julai 2013, Fakulti Bahasa Moden UPM telah menandatangani 5 Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membudayakan program mobiliti pelajar dengan universiti-universiti ini diantaranya Institut National des Langues et Civilisations Orientales INALCO (France), University of Mannheim (Germany), Nakhon Si Thammarat Rajabhat University (Thailand), Gyeongju University (Korea) dan Hunan University(China).


Dengan melibatkan diri dalam program mobiliti sedemikian, para pelajar akan memperoleh
pengetahuan baharu, kefahaman budaya, kematangan dan rakan-rakan baharu. Mobiliti pelajar ialah sebuah program yang menggalakkan pertukaran pelajar di antara dua institusi dalam tempoh satu atau dua semester. Di dalam tempoh ini, kebiasaannya pemindahan kredit bagi program pengajian yang sedang dipelajari adalah dibenarkan Pertukaran ini mampu memberi pengalaman akademik yang amat berguna kepada pelajar yang terlibat.


Jenis Program Mobiliti

a. Program pertukaran (1 atau 2 semester)

b. Program jangka pendek (2 minggu atau lebih)

c. Program latihan praktikal (2 minggu ke 6 bulan)

d. Program latihan industri / penyelidikan (2 minggu atau lebih)

e. Lawatan (kurang dari 2 minggu)

Kemaskini Terakhir : Fri, 11 Oct 2013 (ctsakinah)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017