Latihan Industri


Pengenalan

Latihan industri adalah salah satu komponen praktik yang menjadi salah satu kursus teras yang wajib diambil oleh pelajar program Bacelor Komunikasi. Latihan industri perlu dilalui oleh pelajar komunikasi untuk tempoh 20 minggu, iaitu bersamaan dengan nilai 10 kredit. Kursus Latihan Industri dilaksanakan selama tempoh satu semester dan diambil oleh pelajar pada semester akhir pengajian.

Matlamat utama kursus ini a dalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana pekerjaan sebenar dalam menjalankan tugas mengikut pengkhususan bidang yang diambil oleh pelajar program Bacelor Komunikasi. Melalui latihan industri, pelajar dijangka akan dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi baharu di tempat kerja; mengaplikasikan kemahiran pelajar dalam tugasan atau kerja kewartawanan, komunikasi korporat, komunikasi kemanusiaan atau penyiaran; bekerja secara berkumpulan dalam menjayakan tugasan atau kerja yang diarahkan oleh penyelia, dan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.

Hasil Pembelajaran

  • Berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah dalam persekitaran kerja industri berasaskan komputer
  • Melibatkan diri secara berkesan dalam pasukan pembangunan projek
  • Membina atur cara dalam persekitaran kerja industri
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan berpegang teguh kepada profesionalisme dan tanggungjawab etika
  • Membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika.