Pengenalan


Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan kearah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil  kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:-

i. Komuniti Setempat (Kawasan Serdang, Puchong dan Bintulu. Sarawak)

ii. Komuniti Warga Emas;

iii. Komuniti Sekolah Angkat;

Bagi memberi khidmat kepada pihak Komuniti , Universiti juga memainkan peranan sebagai perantara kepada pihak Industri yang ingin menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat ‘ Corporate Social Responsibility  (CSR)’. Universiti akan mengenal pasti Industri yang ingin menjalankan program CSR dan menghubungkannya dengan komuniti sasaran.