Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Kemudahan Lain
Prasarana lain yang turut disediakan oleh Fakulti untuk kemudahan staf dan pelajar adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.
  1. Surau
    Surau ini terbahagi kepada dua ruangan, iaitu untuk lelaki dan perempuan. Surau ini dilengkapi dengan sejadah dan telekung.
  2. Bilik Tandang Sari
    Bilik ini digunakan sebagai bilik rehat untuk kakitangan FBMK. Bilik ini dilengkapi dengan kerusi, meja, peti sejuk, peralatan dapur dan peti surat.
  3. Bilik Mesyuarat (Seri Amar)
    Bilik ini digunakan untuk tujuan  mengadakan mesyuarat dan dapat menampung hampir 100 orang pada satu-satu masa. Bilik ini dilengkapi dengan meja mesyuarat, sistem siar raya, LCD, skrin, rostrum, papan putih dan meja minum.
  4. Latar Siswa
    Latar siswa ini digunakan sebagai tempat pelajar berbincang  mengulang kaji. Di samping itu, latar siswa ini juga digunakan untuk mengadakan sebarang aktiviti pelajar dan kakitangan. Latar siswa ini dilengkapi dengan kerusi meja, not internet, punca elektrik, pentas, kipas, dan lampu.
  5. Anjung Bestari
    Anjung ini digunakan untuk mesyuarat dan meraikan tetamu FBMK.
  6. Sanggar Warisan 
    Bilik ini digunakan bagi menyimpan segala peralatan lama atau tradisional. Bilik ini dilengkapi dengan komputer, pencetak,  dan rak.
  7. Rumah Teater
    Rumah teater ini digunakan bagi kemudahan pelajar mengambil kursus drama untuk membuat latihan. Disamping itu, rumah ini juga digunakan bagi tujuan pengajaran. Rumah ini dilengkapi dengan ruang lakonan, peralatan lakonan dan komputer.
  8. Wisata Seni
    Tempat ini digunakan untuk aktiviti kesenian seperti pidato, deklamasi sajak dan lain-lain.
  9. Wisata Minda
    Menyediakan bahan bacaan dalam bntuk buku jurnal dan sebahagiannya untuk rujukan pelajar dan pegawai.
  10. Dataran Warisan
    Tempat ini digunakan untuk mengadakan pameran dan khidmat pelanggan.
Kemaskini Terakhir : Thu, 10 Oct 2013 (zulismail)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017