Master Sastera (Pengajian Literasi)

 

PENGENALAN

Program ini bertujuan meneliti literasi sebagai amalan yang berasaskan kemahiran, bersifat sosial dan refleksif dalam pelbagai konteks, serta pelbagai jenis literasi seperti literasi fungsi, literasi tempat kerja,       literasi budaya, literasi kritikal dan literasi media. Penyelidikan dalam bidang ini mencakupi penggunaan dan dampak teks lisan dan bertulis, proses dan kemahiran yang terlibat dalam aktiviti literasi, serta proses budaya, lingusitik dan sosial yang berkaitan.

SYARAT KEMASUKAN

  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.750;

  •  Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK 2.500 - 2.749 hendaklah mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau lulus penilaian khas;  

  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK di bawah 2.500 hendaklah mempunyai minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.                  

KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

Calon antarabangsa untuk kelima-lima bidang dikehendaki memperoleh skor minimum 550 dalam TOEFL (atau 80 bagi IBT) atau 6.0 dalam IELTS.

KEPERLUAN PROGRAM

a.          Keperluan Kredit

             Calon perlu memenuhi jumlah minimum 6 jam kredit kursus (Kaedah Penyelidikan) dan mana-mana kursus yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan.

b.          Keperluan Lain

i.      Tesis

SPS5999          Tesis Master

Calon Master Sastera diwajibkan mendaftar kursus SPS5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.

      ii. Seminar

      SPS5903 Seminar

Calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS5903 yang merupakan pembentangan kertas  cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja kertas cadangan penyelidikan  diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred Memuaskan (M) atau Tidak  Memuaskan (TM).