Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Jabatan Komunikasi

Pengenalan

Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah ditubuhkan pada 2 Mei 1979. Ia menjalankan dua program akademik, iaitu program di peringkat ijazah lanjutan dan penawaran kursus-kursus sokongan untuk program Bacelor dan Diploma yang ditawarkan oleh semua fakulti di Universiti Pertanian Malaysia. Selain dari penawaran kursus sokongan di peringkat Bacelor, Jabatan ini juga menyelia pelajar-pelajar Bacelor dari Fakulti Pertanian melaksanakan projek tahun akhir mereka. Di peringkat ijazah lanjutan Jabatan adalah yang terunggul dan terulung di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.


Program yang ditawarkan

Jabatan ini memberikan tumpuan kepada pembangunan disiplin dalam bidang komunikasi kemanusian, komunikasi korporat, kewartawanan, penyiaran, teknologi komunikasi, komunikasi massa, dan komunikasi pembangunan. Semua aspek ini juga akan diketengahkan melalui pengajaran, penyelidikan, pengembangan dan perundingan.

 
Kemudahan yang disediakan

 
          Makmal Penyiaran

  • Membantu usaha pengajaran dan pembelajaran dalam penyiaran dan penerbitan video dan menerbitkan video untuk jabatan, fakulti dan university.
  • Mengendalikan siaran Radio Putra FM.


         Makmal Pidato

  • Melatih pelajar mendapat kemahiran berpidato di khalayak ramai.
  • Membantu usaha pengajaran dalam perkara yang berkaitan alat pandang-dengar.
  • Menyediakan alat pandang-dengar untuk tujuan pengajaran dan latihan.


         Makmal Kewartawanan

  • Membantu Usaha Pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kewartawanan.


    Makmal Fotografi  
  • Membantu usaha pengajaran dan pembelajaran dalam bidang fotografi dan menggalakkan kegiatan fotografi dalam kalangan pelajar dan pegawai UPM dengan cara mengadakan pertandingan dan pameran, dan membantu usaha penerbitan.
Kemaskini Terakhir : Tue, 19 Nov 2013 (ctsakinah)



DR. HAMISAH BINTI HASAN
 
Ketua Jabatan Komunikasi
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-8946 8777
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017