Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Jabatan Bahasa Melayu

Pengenalan

Jabatan Bahasa Melayu memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa Melayu dari aspek kemahiran bahasa, tatabahasa, dan linguistik. Dalam bidang Kesusasteraan Melayu, tumpuan diberikan kepada penjenisan, kritikan dan penghasilan karya kreatif. Selain itu, Jabatan juga turut memberikan tumpuan kepada kebudayaan Melayu. Semua aspek ini diketengahkan melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan, pengembangan serta perundingan. Jabatan ini juga memberikan perhatian kepada aspek terjemahan dan penulisan kerana kedua-duanya kian jelas keperluannya dalam konteks pembangunan negara pada masa hadapan.

Penyusunan dan pengintegrasian aspek dan bidang tumpuan seperti ini selaras dengan konsep dan matlamat pendekatan bersepadu dan kajian bahasa yang menyatukan aspek linguistik, kesusasteraan, dan kebudayaan sebagai wadah pembentukan tamadun. Tumpuan seperti ini juga dilagang untuk memastikan bahawa disiplin ilmu akan dapat berkembang dengan luas dan terancang. Selain itu, penubuhan Jabatan ini juga mengambil kira perancangan program baharu pada masa akan datang agar pewujudannya dapat memberikan sumbangan yang berkesan dan bermakna untuk memenuhi aspirasi rakyat dan keperluan negara.

Objektif

• Meningkatkan kegiatan pengajaran kebahasaan dan kesusasteraan hingga peringkat pascasarjana demi menjanakan individu yang dinamik dengan keterampilan dalam bidang berkenaan yang diperlukan untuk pasaran kerja global.

• Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan graduan dalam pelbagai bahasa dan sastera supaya lebih berwibawa dan berbobot; demi memenuhi keperluan sumber tenaga yang memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional.

• Menatarkan dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam bidang kiebahasaan dan kesusasteraan dengan lebih proaktif.

• Mengemaskan dan meningkatkan kegiatan peristilahan dan penterjemahan untuk membendung kenaifan ilmu.

• Merancang dan melaksanakan aktiviti pengembangan dan perkhidmatan profesional lebih berkesan dan mapan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.



Program Yang Ditawarkan

a. Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)

b. Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)

c. Master Sastera (Bahasa Melayu) (dengan tesis)

d. Mastera Sastera (Kesusasteraan Melayu) (dengan tesis)

e. Master Bahasa Melayu (tanpa tesis)

f. Master Kesusasteraan Melayu (tanpa tesis)

g. Kedoktoran Falsafah (Bahasa Melayu)

h. Kedoktoran Falsafah (Kesusasteraan Melayu)

Kemaskini Terakhir : Tue, 19 Nov 2013 (ctsakinah)



DR. NORAZLINA BINTI HAJI MOHD KIRAM 

Ketua Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-8946 8787
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017