Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Jabatan Bahasa Asing

Pengenalan

Jabatan Bahasa Asing memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa moden selain bahasa Melayu dan  bahasa Inggeris. Penekanan diberikan kepada aspek bahasa, linguistik, penterjemahan dan kesusasteraan Arab dan Cina.     Kurikulum program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) dengan Major bahasa Arab, Major bahasa Cina, Major bahasa Perancis dan Major bahasa Jerman telah digubal berdasarkan konsep asas yang menyeluruh untuk menghasilkan individu yang  seimbang, dan mempunyai keterampilan dalam pelbagai bahasa dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu. Selain itu, Jabatan Bahasa Asing juga diperkuatkan dengan 12 kursus kemahiran bahasa asing yang terbuka     kepada semua pelajar UPM.  Kursus kemahiran bahasa asing mempunyai 3 tahap dan pelajar yang lulus cemerlang   dalam kursus kemahiran bahasa asing tahap tiga dengan gred sekurang-kurangnya B, akan dikurniakan sijil yang boleh dijadikan sebagai nilai tambah dalam pasaran kerja.

Kursus-kursus kemahiran bahasa asing yang terlibat adalah bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Jepun, bahasa Thai, bahasa Myanmar, bahasa Sepanyol, bahasa Rusia, bahasa Turki, bahasa Tamil dan bahasa Korea.



Objektif

Jabatan Bahasa Asing ditubuhkan untuk:

i. Melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baharu berasaskan bahasa, kesusasteraan, komunikasi dan teknologi asing;

ii. Memenuhi keperluan sumber tenaga yang memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi pada peringkat global;

iii. Menjana individu yang dinamik dengan keterampilan berbahasa dan komunikasi yang diperlukan untuk pasaran kerja global; dan

iv. Melahirkan generasi yang mampu memperoleh, menguasai dan mengaplikasikan ilmu dalam bidang bahasa, linguistik, kesusasteraan dan budaya asing. 

Dalam dunia yang bergerak pantas dengan kemudahan komunikasi yang serba canggih, maka kemahiran bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa-bahasa asing dapat memberikan nilai yang tinggi. Graduan dalam pengkhususan  bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Perancis dan bahasa Jerman boleh merebut peluang pekerjaan di negara-negara  Arab, China, Hong Kong, Taiwan dan negara-negara Eropah.  Pelajar UPM juga boleh mempelajari dan berkomunikasi dalam bahasa-bahasa asing secara percuma melalui kursus kemahiran bahasa-bahasa asing yang ditawarkan Jabatan. Prospek pekerjaan bagi graduan pula meliputi kerjaya dalam bidang pendidikan, penerbitan, penyiaran dan kewartawanan, pelancongan, perbankan dan perhubungan awam.


Program Yang Ditawarkan

  • Bacelor Sastera (Bahasa Asing)  Major Bahasa Arab
  • Bacelor Sastera (Bahasa Asing)  Major Bahasa Cina
  • Bacelor Sastera (Bahasa Asing)  Major Bahasa Perancis
  • Bacelor Sastera (Bahasa Asing)  Major Bahasa Jerman
  • Master Sastera (Bahasa Arab)
  • Master Sastera (Kesusasteraan Cina)
  • Doktor Falsafah (Bahasa Arab)
  • Doktor Falsafah (Kesusasteraan Cina)
Kemaskini Terakhir : Tue, 19 Nov 2013 (ctsakinah)



PROF. MADYA DR. ROSLINA BT MAMAT

Ketua Jabatan Bahasa Asing
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-8946 8666
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017