| FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

Pelajar FBMK mendapat Anugerah “Penang State Government Green Culture Journali

Chin Ying Xuan, salah seorang pelajar Program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Pengkhususan Bahasa Cina, Fakulti Bhasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, telah berjaya menjadi salah seorang daripada pemenang Anugerah Penang State Government Green Culture Journalism Award 2016.

Chin Ying Xuan telah menjalani Latihan Industri di Nanyang Siang Pau dari 29 Jun hingga 29 Ogos 2015 dan hasil laporan beliau yang bertajuk “Escherichia Coli yang terdapat dalam air laut” yang ditulis bersama tiga orang wartawan Nanyang Siang Pau telah berjaya merangkul anugerah kerajaan negeri Pulau Pinang seperti yang disebut sebentar tadi. Majlis Anugerah tersebut telah diadakan di JEN Hotel Penang pada 4 November 2016. Syabas kepada beliau kerana telah mengharumkan nama FBMK dan UPM di peringkat industri.


SXDdHAP~