Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Aluan Dekan



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberikan kesempatan untuk saya menitipkan kata alu-aluan pada laman sesawang Fakulti  Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat untuk mengemaskinikan laman ini sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Fakulti.

Bagi pihak Fakulti, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melawat laman sesawang ini. Laman ini disediakan sebagai medium terbaik untuk kami menyampaikan maklumat dan aktiviti terkini Fakulti sebanyak mungkin kepada khalayak.  Justeru,  semua teras utama Fakulti,  iaitu pengajaran, penyelidikan dan inovasi, serta aktiviti pengembangan dan perkhidmatan profesional kami gabungkan untuk  disebarluaskan sebagai langkah ke hadapan untuk membolehkan masyarakat mengetahui peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Fakulti dalam usaha meningkatkan tahap kecemerlangan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Laman ini  juga berfungsi sebagai platform interaktif dalam usaha kami memasyarakatkan Fakulti ini sesuai dengan aspirasi Universiti untuk menjalin hubungan erat seluas mungkin dengan institusi masyarakat dan industri.

Laman sesawang ini turut disasarkan untuk menampilkan kemeriahan Fakulti dalam usahanya menjanakan graduat yang berpengetahuan dan berketerampilan tinggi dalam ilmu kebahasaan, kesusasteraan serta komunikasi.  Graduan kami dilatih untuk menjadi adiwira di medan  risiko, pencipta inovasi,  dan pencipta peluang dalam ruang profesionalisme masing-masing. Dalam erti kata lain, mereka dilatih untuk bermandiri, berilmu, berprestasi tinggi, dan mampu untuk mengubah atau mewujudkan nilai dalam mana-mana profesionalisme  mereka.

Kami mengalu-alukan anda untuk melayari laman sesawang  Fakulti ini untuk mengetahui bidang pengajaran, aktiviti penyelidikan dan inovasi, serta program pengembangan dan perkhidmatan profesionalisme yang terbuka kepada semua pihak sama ada pelajar, staf mahupun  khalayak ramai. Kesampingkan segala keraguan dengan  menghubungi kami apabila  anda mengingini maklumat yang lebih lanjut.

Sebagai pengakhir kata, kami berharap agar maklumat yang disebarkan di sini menaburkan nilai yang lebih besar dan bermanfaat kepada semua pelawat kami.


Selamat melayari lamam sesawang FBMK.

 

PROFESOR DR. ABDUL MUA’TI @ ZAMRI BIN AHMAD

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Kemaskini Terakhir : Tue, 23 Feb 2016 (ctsakinah)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017