Program Pengajian

Kurikulum program Bacelor sastera dan Bacelor Komunikasi telah digubal dengan berdasarkan pendekatan holistik untuk menjanakan individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan yang perkasa dalam bahasa, kesusasteraan dan komunikasi, di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Pada semester pertama, pelajar diberi pendidikan umum sebagai asas dan latar belakang untuk memahami kursus selanjutnya. Pelajar akan membuat pengkhususan dalam bidang disiplin yang dipilih melalui semester kedua.

Pelajar akan mengikuti kursus daripada tiga kategori berikut:
- Kursus Umum Universiti
- Kursus Teras (major)
- Kursus Elektif

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan nama program daripada program Bacelor Sastera dan Bacelor Komunikasi kepada program Bacelor Sastera dengan Kepujian dan Bacelor Komunikasi dengan Kepujian berkuatkuasa bermula kohort 2020/2021 dan seterusnya.
 

BACELOR SASTERA (B.A.)

Program Bacelor Sastera dengan Kepujian menawarkan 8 program pengajian iaitu :

  1. Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
  2. Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian
  3. Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
  4. Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian
  5. Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian
  6. Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian
  7. Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian
  8. Program Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian

 

BACELOR KOMUNIKASI (B.COMM)

Program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian menawarkan 4 bidang iaitu:

    1. Komunikasi Korporat
    2. Kemanusiaan
    3. Kewartawanan
    4. Penyiaran