Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
berita

PACA 2016 iktiraf suara Asia dalam penyelidikan komunikasi

 
Image and video hosting by TinyPic

Majlis Perasmian PACA 2016. Dari kiri: YBhg. Prof. Dr. Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad (Dekan FBMK), YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM),
YAB  Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Dr. Seon-GiBaek (Presiden PACA) dan Dr. Hamisah Hasan (Pengerusi PACA 2016)

Serdang, 21 Julai 2016 – Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan Konvensyen Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia kali ke-11 dengan tema yang diketengahkan bertajuk Paradigma Masa Depan Asia : Budaya, Komunikasi dan Integriti. Persidangan ini diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Universiti Putra Malaysia, Serdang, bermula pada 21 Julai – 24 Julai, 2016, dan dihadiri oleh Yang Berbahagia Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai tetamu kehormat yang juga merasmikan acara pembukaan pada hari pertama konvensyen tersebut. Turut hadir sebagai tetamu kehormat adalah Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

 

Image and video hosting by TinyPic

Tujuan utama persidangan ini adalah bagi mewujudkan sebuah platform untuk para akademik dan pengamal berkongsi trend dan isu-isu semasa dalam komunikasi. Khususnya, kajian komunikasi sekitar rantau Asia kurang diberi pengiktirafan yang betul. Sering kali, pandangan dari rantau ini kurang didengari dalam  komuniti penyelidikan global. Perhatian dan pengiktirafan daripada sarjana, pengamal dan aktivis Asia dan Pasifik amatlah diperlukan memandangkan perubahan pesat sosio-politik dan ekonomi dan perkembangan dalam bahagian ini di dunia.

PACA ditubuhkan  pada 1 Mac, 1995 bagi menyediakan program-program bahagian khusus yang tidak diutarakan oleh Persatuan Komunikasi Dunia (WCA) dan untuk menggalakkan kajian komunikasi antara budaya berteraskan Asia. Persidangan ini mempamerkan pembentang tempatan dan antarabangsa yang membincangkan pelbagai topik dari komunikasi transnasional dan silang budaya, belia dan  identiti, komunikasi politik, penjenamaan dan perhubungan awam. 



PACA 2016

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017