Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
berita

MICOLLAC 2016 Sebagai Platform Penyelidikan Silang Disiplin



Image and video hosting by TinyPic

Majlis Perasmian MICOLLAC 2016. Dari kiri: Ybhg. Prof. Dr. Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad (Dekan FBMK), YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM) dan Dr. Zalina Kasim (Pengerusi MICOLLAC 2016)

PULAU PINANG, 17 OGOS – Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (UPM) telah menganjurkan Persidangan ke-9 Malaysia International Conference on Languages, Literatures and Cultures (MICOLLAC 2016) pada 16-18 Ogos 2016,  bertempat di Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Pengerusi persidangan, Dr. Zalina Mohd. Kasim berkata program itu mempromosikan amalan perkongsian dan penyebaran ilmu silang disiplin (cross disciplinary) khasnya antara bidang bahasa, sastera dan kebudayaan.

“Objektif MICOLLAC 2016 pada kali ini ialah untuk menyediakan pentas untuk ahli akademik, pendidik, pengkaji bahasa dan budaya, perunding polisi, dan tenaga professional dalam dan luar negara untuk berkongsi dan berbincang tentang  penemuan terbaru yang mampu meneraju pembangunan ilmu dalam bidang bahasa, sastera dan kebudayaan, " katanya. 

Sesuai dengan matlamat UPM yang menggalakkan perkongsian ilmu silang disiplin, MICOLLAC 2016 berusaha untuk mengenalpasti dan merungkai isu-isu kontemporari dan sejagat dengan perspektif yang lebih kritikal dan lebih bersepadu.

 “Justeru itu, dengan tema Engaging Threads and Trends, persidangan ini akan mengenengahkan kajian dan penemuan yang mampu mengemaskinikan pengetahuan peserta agar seiring dengan perkembangan terkini dalam bidang bahasa, sastera dan budaya," katanya. 

Persidangan MICOLLAC kali ke-9 dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Prof Datin Paduka Dr.Aini Ideris menyatakan bahawa penekanan MICOLLAC 2016 terhadap penyelidikan silang disiplin mencerminkan aspirasi Universiti Putra Malaysia.

“Seiring dengan Pelan Strategik UPM 2014-2020, penyelidikan silang disiplin menyokong misi Universiti Putra Malaysia dan ianya memupuk snilai kecemerlangan, kepelbagaian, kelestarian dan integriti di kalangan ahli akademik dan para pelajar,” katanya. 

 

Image and video hosting by TinyPic

Pemenang pertandingan penulisan abstrak. Dari kiri: Andy Fung, Farhana Abdul Fatah, Teresa Ong Wai See, YBhg. Prof. Dr Abdul Mua'ti, Ybhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Dr.Zalina Kasim, Gurpreet Kaur dan Seng Hui Zeng.

Selain itu, MICOLLAC 2016 bersama-sama dengan penerbit Taylor and Francis Asia turut menganjurkan pertandingan penulisan abstrak terbaik untuk pelajar siswazah dalam dan luar negara. Para pemenang dipilih dari tiga bidang, iaitu linguistik, sastera dan budaya. Ybhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menyampaikan hadiah dan sijil kepada lima pemenang, iaitu Teresa Ong Wai See (Griffith University Australia – Linguistik), Farhana Abdul Fatah (Warwick University, UK – Budaya), Seng Hui Zeng (Universiti Putra Malaysia – Linguistik), Gurpreet Kaur (Warwick University, UK – Sastera) dan Andy Fung (Hong Kong Polytechnic University – Linguistik).

Persidangan dwitahunan MICOLLAC yang bermula sejak 1999 telah menunjukkan reputasi sebagai persidangan yang komprehensif dan menarik bagi bidang bahasa, sastera dan budaya pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seramai 335 peserta dari 20 negara menyertai MICOLLAC tahun ini dengan sejumlah 246 kertas dibentangkan sepanjang 3 hari berlangsungnya persidangan ini

 

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017