Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
berita

PULAU PINANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan persidangan Malaysia International Conference on Languages, Literatures and Cultures(MICOLLAC) 2014 bagi meluaskan jaringan hubungan antara universiti dengan pakar dari luar negara dalam mengantarabangsakan program pendidikan tingginya.

Ini dinyatakan oleh Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan ketika melancarkan persidangan tiga hari tersebut yang ditaja oleh Pustaka Prinsip di sebuah hotel terkemuka di sini.

Beliau berkata, dengan menghimpunkan penyelidik dari seluruh dunia dalam satu persidangan seperti MICOLLAC 2014 yang dianjurkan kali ke-8 ini, ia akan memudahkan mereka untuk menentukan ciri-ciri penemuan bagi penyelidikan baru.

"Persidangan ini juga akan menyediakan platform yang diperlukan oleh penyelidik bagi meneroka bidang baru yang berpotensi dengan membentuk jalinan kerjasama," katanya kepada peserta dan penceramah dari 20 buah negara.

Negara-negara yang mengambil bahagian adalah Amerika Syarikat, Scotland, Belanda, Arab Saudi, Iran, Iraq, Nigeria, Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, Taiwan, India, Thailand, Oman, Indonesia, Singapura, Filipina, Mesir, Kanada dan Malaysia.

Ketua Perhubungan Media dan Komunikasi MICOLLAC 2014, Prof Madya Dr Shameem Rafik-Galea berkata, persidangan tersebut mempunyai reputasi sebagai satu persidangan komprehensif yang meliputi bidang bahasa Inggeris, sastera dan budaya.

"Ini adalah satu usaha untuk memperluaskan rangkaian penggunaan bahasa Inggeris, sastera dan budaya di samping memupuk semangat kolegiat di kalangan ahli akademik," katanya.

MICOLLAC 2014 turut menjadi medan bagi pendidik tempatan dan antarabangsa serta perancang bahasa untuk bertukar pandangan mengenai keberkesanan amalan pengajaran yang digunakan pada masa lalu dan sekarang serta perkara berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris.

Ia juga merupakan platform kepada para peserta untuk berbincang dengan pakar-pakar bahasa Inggeris dari dalam dan luar negara.

Pada persidangan tersebut, Prof Dato' Dr Mohd Fauzi turut melancarkan sebuah buku yang ditulis oleh Dr Arbaayah Ali Termizi. Buku bertajuk “A Midsummer Night’s Dream: Shakespeare Appropriate in 60 Minutes” yang diterbitkan oleh Penerbit UPM adalah panduan mudah dan berguna bagi mereka yang berminat untuk mementaskan karya penulis tersohor itu seperti Bard’s Play.

Selain itu, beliau juga turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada 5 pemenang bagi pertandingan Best Postgraduate Student Abstract Competition yang dianjurkan secara bersama dengan Taylor Francis Group.

Pemenang adalah:

* Manohari Rasagam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, “Interpolating South Asian Transnational Heritage through Young Adult Literature”

* Sim Yee Chin UPM, “Power Relations and Learning French in Corporate World”;

* Raphael Thoo Yi Xian, Universiti Tunku Abdul Rahman, “The Significance of Interruptions in Speech: A case study of an Interview in Late Show with David Letterman”;

* Rona Chandran dari Universiti Malaya, “Malaysia Sino-Indians: When Heritage Language is No Longer the Native Language”, dan

* Refaat Alareer dari UPM, “The Myth of Empty Palestine in Jewish Poetry” (1898-1948).

Refaat Alareer adalah seorang graduan dari Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), UPM yang dilahirkan di Gaza, Palestin. - UPM/nej/kgo





Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017