Keputusan Cemerlang bagi Purata Markah Keseluruhan Penilaian Audit Dalaman EKSA
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah memperolehi keputusan purata markah keseluruhan bagi Penilaian Audit Dalaman EKSA sebanyak 96.31%. Sesi audit yang telah dilaksanakan pada 29 Januari 2024 ini telah dinilai oleh auditor Puan Norhaslinda Noruddin (Pegawai Sains, Fakulti Sains) dan auditor Puan Nor Hidayah Husain (Penolong Pegawai Sains, Fakulti Sains).